|
Sembulan, November: Baru-baru ini, Pengakap Sembulan telah mengadakan aktiviti perkhemahan bagi ujian Lencana Jaya yang dianjurkan oleh Majlis Pengakap Daerah Sembulan.
Lebih kurang 15 orang pengakap remaja yang mengambil ujian tersebut.Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah dari SM Maktab Sabah, SMK SANZAC, SM La Salle, SM ST Francis Convent.
Terdapat pelbagai aktiviti ujian yang dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan tersebut. Turut menjayakan aktiviti tersebut, adalah penglibatan daripada pengakap Kelana A Sembulan. Antaranya Dalbir Singh, Evan Bobby, Sufri Hashim.
Sebelum itu, terdapat juga dua aktiviti perkhemahan yang dijalankan, iaitu Kem Usaha dan Kem Maju. Aktiviti tersebut mendapat sambutan daripada ramai pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Objektif utama aktiviti ini dijalankan, adalah untuk mengisi masa lapang percutian pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga penyediaan untuk menyertai pentarafan pengakap raja bagi sesi 2006.
|